Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah di puncak tiangRibuan rakyat datang membanjiri stadium tersebut. Setiap
tempat duduk dipenuhi oleh mereka yang sanggup datang jauh demi menyaksikan
pemasyhuran ini. Di pentas khas, raja-raja Melayu yang segak dengan pakaian
rasmi songket serta dipayungi dengan payung diraja, duduk bersemayam bagi
menyaksikan pemasyhuran bersama rakyat jelata.Duke of Wellington yang mewakili Ratu Elizabeth turut
hadir dan bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa. Beliau telah memulakan
upacara pada hari itu dengan menyampaikan ucapan Ratu England. Setelah itu,
beliau menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang Di-Pertuan
Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, ketua negara
Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa ini menandakan pemulangan semula kuasa
politik negara kepada pemerintah tempatan setelah diperintah beratus tahun
lamanya oleh penjajah.Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan (bakal
Perdana Menteri yang pertama) tampil ke hadapan bagi membaca pengisytiharan
kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Setelah selesai, Tunku kemudiannya
melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak tujuh kali. Para penonton yang hadir
menyahut seruan Tunku dengan melaungkan kembali seruan MERDEKA!. Semangat cinta
akan negara membakar diri mereka ditonjolkan melalui suara lantang mereka
menyambut seruan Tunku.
Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka
untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London.
UPACARA PEMASYURAN
Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan
Versi Rumi Bahasa Melayu
Pemasyhuran kemerdekaan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani,
segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas
sekalian Rasul-Nya.Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat
Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi
berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya
Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia
Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu,
iaitu Johor, Pahang,Negeri
Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu,
dan Perakserta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri
Selat, iaitu Melaka dan Pulau
Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957,
hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama
Persekutuan Tanah Melayu.Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara
kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang
hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian
daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen
tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah
negeri yang tersebut itu.Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara
kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun
1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha
Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah
seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan
mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia
Baginda Queen ataupun ParlimenNegeri
United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah
Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda
Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United
Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah
meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat
kuasanya.Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad
baginya.Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang
tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan
keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan
sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan
damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang
Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang
diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan
oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta
dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan
ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang,
dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari
bulan Ogos tahun 1957.Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan
persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri
Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan
Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan
Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri
Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu,
Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala
akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan
kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan
kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.
Pemasyhuran kemerdekaan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani,
segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas
sekalian Rasul-Nya.Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat
Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi
berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut
namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha
Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu,
iaitu Johor, Pahang,Negeri
Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu,
dan Perakserta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri
Selat, iaitu Melaka dan Pulau
Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957,
hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama
Persekutuan Tanah Melayu.Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara
kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang
hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian
daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen
tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah
negeri yang tersebut itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan