Sabtu, 10 Oktober 2015

FAKTA KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU



Fakta Tentang Kemerdekaan Malaysia


Sila klik untuk gambar yang lebih jelas


FAKTA-FAKTA YANG WAJIB DI KETAHUI OLEH GENERASI MUDA 

MERDEKA :

Laungan "merdeka" datangnya dari KMM – Kesatuan Melayu Muda yang ditubuhkan pada tahun 1938. Parti Melayu Kiri pertama yang mengerakan nasionalisma melayu. Parti ini diharamkan oleh penjajah British. Bila KMM diharamkan, maka British menubuhkan "Gerombolan."

Lihat tarikh Gerombolan lama ditubuhkan pada tahun 1946. 

KMM melaungkan "MERDEKA!" untuk Tanah Melayu.

Gerombolan lama meluangkan "hidup Melayu!" kerana ketika itu kurang rasuah untuk beli oxygen. 


MERDEKA TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH: 

Ini bohong! Ini tipu besar! Ini Lebong! Ini Gebang!

Ini sengaja disebarkan oleh Gerombolan.

Parti Komunis, Angkatan Pemuda Insaf [API], AWAS, pdan PETA adalah antara puluhan organisasi yang angkat senjata melawan British. Beratus ribu yang gugur tewas mengabadikan darah mereka untuk kelahiran Malaya yang merdeka. 

Kalau tak percaya tanya Robert Kouk yang kaya raya itu. Adiknya gugur di hutan Pahang.

Kalau tak percaya tanya Dj radio stesen China yang baru kena buang itu. Arwah emak dia angkat senjata.

Ini perang Kolonial yang amat besar sehinggakan memufliskan Great Britain. Sila rujuk buku sejarah. Jangan malas membaca. 


SINGAPURA:

Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Nama lamanya Temasek. sama seperti Pulau Pinang , Langkawi, Pulau Babi Besar, Pulau Bidong, Pulau Kapas dan pulau-pulau yang lain di semenanjung Malaysia. 

United Malays National Organistion belot dan memberikan pulau ini kepada British pada tahun 1957 seperti Hong Kong jadi wilayah Kolonial.

Parti Komunis, Parti Buruh, Parti Rakyat, dan PAS - menentang kerana ini adalah projek British.

Parti-parti ini menentang Singapura masuk Malaysia kerana ini kerja bodoh. Tidak mungkin Pulau Pinang masuk Malaysia atau Pulau Bidong masuk Malaysia. Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Pulau ini sebahagian dari Johor. 


31 OGOS HARI APA ?

31 Ogos bukan hari Malaysia. Ini hari cuti umum untuk bangun lambat. 16 September ialah hari Malaysia – sila tanya warga Sabah dan Sarawak. 


SABAH DAN SARAWAK 

Tidak ada pertalian sejarah dan budaya dengan Tanah Melayu. Sila rujuk Sejarah Melayu – tidak ada langsung disebut Sabah atau Sarawak dalam kitab ini. 


LAGU NEGARA KU 

Lagu ini di ciplak dari lagu TERANG BULAN, lagu Indonesia. Ketika konfontasi 1963 – Bung Karno memainkan lagu 'terang bulan' ini di radio Republik Indonesia. Lagu 'terang bulan' ini berasal dari lagu Perancis 'Memula Moon'. 


JALUR GEMILANG 

Ini juga diciplak dari bendera Amerika. Motif bendera ini tidak ada langsung kaitan dengan sejarah negara & bangsa.

Motif nusanatra ialah merah putih – motif ini adalah kesinambungan sejarah Sri Vijaya dan Langkasuka. Contohnya bendera Indonesia, Singapura dan bendera United Malays National Organisation sendiri – menggunakan motif ini.


KESIMPULAN DAN PENGAJARAN YG DAPAT PERISTIWA SEBELEM KEMERDEKAAN

KESIMPULAN
Sejarah sebenarnya telah meninggalkan kita dengan beberapa kisah untuk dijadikan tauladan dan sempadan. Dalam pada itu juga ada banyak nilai-nilai murni yang kita tidak perasan barangkali. Nilai-nilai murni yang ditinggalkan ini sebenarnya sangat berkait rapat dan sangat relevan dengan dunia hari ini. Justeru itu marilah kita menggunapakai nilai-nilai murni tersebut untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita seharian dan pada masa akan datang agar ia menjadi contoh pula kepada generasi baru kita.

PENGAJARAN 

TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.


PERJALANAN KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU

MENYUSURI  KEMERDEKAAN  DI TANAH MELAYU...


LATAR BELAKANG SEMANGAT NASIONALISME ASIA TENGGARA



Di Tanah Melayu, gerakan menuntut pemerintahan sendiri bermula seawal tahun 1900an dengan digerakkan oleh golongan ulama seperti Syed Syeikh al-Hadi,  Sheikh Tahir Jalaludin. Pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol dan sebagainya.

Namun gerakan menuntut kemerdekaan lebih nyata selepas tamatnya Perang Dunia Ke 2 dengan penyerahan balik Tanah Melayu kepada tentera British oleh  tentera Jepun. Pengajaran dan kesedaran berada di bawah pemerintahan Tentera Jepun telah menaikkan semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu khasnya dan kaum Cina.


Ini ditunjukkan dengan tumbuhnya banyak parti-parti dan persatuan-persatuan yang bergerak aktif ketika itu seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM).


Kembalinya British ke Tanah Melayu dengan membawa gagasan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu. Ketuanan raja-raja Melayu dan kekuasaannya terhadap ugama Islam juga tercabar, maka Melayu memberontak !

Rentetan daripada itu telah diadakan satu Kongres Melayu Se-Malaya yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Seramai 41 persatuan-persatuan telah menghantar wakil masing-masing yang telah mengangkat Dato’ Onn dari Persatuan Melayu Johor sebagai Presiden Kongres.


Dalam kongres ini, semua pertubuhan digabungkan di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu  - PEKEMBAR ataupun UMNO.  Selain itu satu ketetapan telah dibuat bagi membantah gagasan Malayan Union oleh British. Mereka juga bersetuju menetapkan satu tarikh bagi pelancaran pertubuhan ini.

Maka pada 11 Mei 1946,   satu persidangan telah diadakan di Istana Besar, Johor Bahru dan penubuhan PEKEMBAR atau UMNO telah dirasmikan.  Penubuhan UMNO adalah platform kepada orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada British.


Dalam menetapkan halatuju UMNO dan polisi kependudukan di Tanah Melayu, akhirnya Dato’ Onn telah bertindak keluar dari UMNO lalu menubuhkan Parti Negara. UMNO kemudiannya telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Dalam masa yang sama juga, orang-orang Cina telah menubuhkan MCA, manakala orang-orang India pula menubuhkan MIC.


Gerakan menuntut kemerdekaan juga berlaku di negara-negara Asia Tenggara yang lain dalam tahun 1940-1950. Filipina mencapai kemerdekaan pada 4hb Julai 1946 daripada Amerika Syarikat. Manakala Indonesia telah diistiharkan merdeka sebagai sebuah negara repablik pada 17hb Julai 1945 setelah Jepun menyerah kalah di Asia Pasifik dalam Perang Dunia ke 2. Burma (kini Myanmar) merdeka pada 1hb Ogos 1943 dibawah perjanjian dengan Jepun. Di Vietnam pula, Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam pada 2hb September 1945 daripada Perancis. Manakala Laos pula, mendapat kemerdekaan dari Perancis pada 8hb April 1945.


Maka keseluruhan semangat kemerdekaan dari negara-negara jiran Asia Tenggara itu telah menyemarakkan lagi kebangkitan penduduk-penduduk Tanah Melayu agar dipercepatkan pemerintahan sendiri.

  

Pilihanraya Persekutuan Pertama tahun 1955


Pilihanraya Persekutuan Pertama telah diadakan pada 27hb Julai 1955 di mana parti-parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS dan Parti Buruh telah mengambil bahagian bagi merebut 52 kerusi yang dipertandingkan.


Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan, UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA dan MIC bagi membentuk Parti Perikatan bagi menghadapi pilihanraya ini. Hasilnya mereka berjaya mengusai 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan British bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak-ansur antara kaum-kaum di Tanah Melayu.


Dengan itu Tunku telah membentuk kabinet yang dianggotai oleh ketiga-tiga parti tersebut.  Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri.

 

Darurat dan Rundingan Baling


Penentangan Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap kerajaan berlarutan dari tahun 1948-1960 yang dikenali sebagai era darurat. Maka dengan itu jugalah lahirnya Akta Darurat 1948 yang baru-baru ini dihapuskan.


Antara tragedi yang mencetuskan kebimbangan British ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney dalam tahun 1951 oleh PKM. Selepas itu British melancarkan gerakan pengumpulan orang-orang Cina dalam penempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru. Ia bertujuan bagi menghalang PKM mendapat bekalan dan sokongan dari orang-orang Cina.


Selain memenuhi syarat persefahaman kaum dengan terbentuknya Parti Perikatan, Tunku dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan PKM sebelum mendapat kemerdekaan. Bagi menyahut cabaran tersebut, Tunku memilih jalan diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling pada 28-29hb Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung PKM.


Turut serta ialah Rashid Maidin dan Chen Tien di pihak PKM. Bersama Tunku di pihak kerajaan
ialah David Marshall, Ketua Menteri Singapura dan Presiden MCA, Tan Cheng Lock.


Tindakan Tunku itu telah mencemaskan British yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan. Kebimbangan British memberi kesan mempercepatkan lagi proses pemberian kemerdekaan. Ia juga memperlihatkan kebijaksanaan  permainan politik Tunku. Sementara di pihak PKM, mereka akhirnya menolak untuk membubarkan PKM serta meletakkan senjata. Maka peperangan antara PKM dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berterusan.  

  

Persiapan Degelasi Merdeka Ke London

Untuk merundingakan kemerdekaan dengan British di London bukanlah semudah sekarang, kerana perbelanjaan untuk menaiki kapal laut dan kapal terbang ketika itu memerlukan kos yang tinggi.


Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku dalam Persidangan Umno di Dewan Hang Tuah Bandar Hilir, Melaka sekitar tahun 1955. Ketika itu Tunku berucap yang beliau akan berangkat ke London bersama Raja-raja Melayu.


Dengan loghat Kedah, Tunku berkata,”Saya ni nak pi London. UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit. Saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, bagi Malaya merdeka”.


Orang menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipinya. Lantas para serikandi UMNO dengan segera menyahut seruan Tunku dengan menyerahkan apa jua barangan kemas yang ada di badan seperti gelang, loket, subang, pin baju dan sebagainya untuk didermakan bagi membiayaai pemergian Tunku dan rombongan. Manakala yang lelakinya pula menyerahkan tongkat berkepala emas, jam tangan dan lain-lain barang berharga. 


Walaupun ianya tidak mencukupi tetapi semangat orang-orang Melayu begitu tinggi untuk bersama berkorban apa saja bagi mencapai hasrat kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada 1hb Januari 1956, Tunku dan rombongan kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan dengan kapal laut MV Asia dari Singapura.  Dari Karachi, mereka meneruskan penerbangan ke Kaherah seterusnya ke London.

 

Tercacat Sejarah Penetapan Kemerdekaan pada 31.08.1957


Rombongan Tunku sampai di London pada 14hb Januari 1956. Mereka kemudiannya berunding dengan perwakilan kerajaan British, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan lain-lain. Rundingan berjalan dari 16hb Januari hingga 6hb Februari 1956.


Akhirnya kerajaan British akur memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian London telah ditandatangani pada 8hb Februari 1956. Mereka menetapkan tarikh 31hb Ogos 1957 bagi Persekutuan Tamah Melayu mencapai kemerdekaan mutlak.


Inilah tarikh keramat yang kita sambut setiap tahun sebagai tarikh pembebasan Tanah Melayu dari belenggu penjajah.

  

Sambutan Kepulangan Rombongan Merdeka di Bandar Hilir Melaka


Rombongan Tunku dari London sampai ke Singapura dan kemudiannya ke Melaka. Satu sambutan besar-besaran diadakan membabitkan kira-kira 100,000 orang orang yang menunggu di Padang Bandar Hilir yang kini dikenali sebagai Dataran Pahlawan.


Sesungguhnya laungan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! telah berkumandang di sini buat pertama kalinya  pada 20hb Februari 1956.


Dengan itu maka pelbagai persiapan untuk pengisytiharan kemerdekaan telah dilakukan termasukalah pembinaan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

  

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Penggubalan perlembagaan bukanlah satu kerja yang mudah dan memerlukan banyak siri perbincangan dan tolak-ansur antara orang-orang Melayu dengan kaum-kaum Cina dan India. Ini kerana kemerdekaan mutlak yang bakal diperolehi adalah juga kerana persefahaman antara kaum-kaum ini dalam Pilihanraya Persekutuan yang pertama dan kerja keras mereka merundingkan perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu.

Sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Terdapat pelbagai bantahan dan penerimaan dari pelbagai golongan bagi draf perlembagaan sebelum ianya diluluskan.


Antara perkara penting yang dimasukkan dalam perlembagaan ialah mengenai tuntutan keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perkara 153  adalah menepati kehendak Memorandum Perikatan. Disamping ugama Islam dijadikan ugama rasmi negara.


Draf Perlembagaan kemudiannya telah dibincangkan di London dengan kunjungan ini di ketuai oleh Tunku pada 10hb Mei 1957.   Dalam mesyuarat dengan kerajaan British, beberapa persetujuan telah dicapai. Kertas Putih Kerajaan yang mengandungi pindaan-pindaan ke atas Penyata Reid telah dikeluarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa  kebangsaan.


Yang Dipertuan Agong telah diberi tanggungjawab oleh perlembagaan untuk menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang halal bagi kaum-kaum yang lain.


Rang undang-undang itu kemudiannya telah dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan pada 10hb Jun 1957 dan diluluskan.

  

 Menjelang Detik 12 Malam 31.08.1957


Menjelang 30 Ogos, sekitar jalan-jalan bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan dan orang ramai berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-lampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling.


Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. 


Detik 10 malam, wakil-wakil yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Tanah Melayu dan Singapura mengambil tempat di sekeliling tiga bahagian padang. Diikuti dengan pembentukan 300 Pemuda Perikatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap menara jam.


Tunku Abdul Rahman diiringi masuk pada pukul 11.55 malam bersama 30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal dengan pengiring polis. Tunku disambut oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, Encik Saadon Jubir, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambantan. Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas mengadap ke tiga-tiga tiang bendera.


Pukul 11.58 semua lampu di padang dan di sekeliling dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita. Detik 12 tengah malam lampu dipasangkan apabila jam besar berbunyi menandakan bermulanya era Tanah Melayu yang merdeka. Ini diikuti pula dengan laungan  ”Merdeka” oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang secara spontan.


Bendera Union Jack mula diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai menandakan berakhirnya pentadbiran Britih di Tanah Melayu.


Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku  yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum. Setelah bendera berada di puncak tiang, sorakan ”Merdeka” telah dilaungkan oleh Tunku sebanyak tujuh kali. Merdekalah sudah tanahairku.

  

Perisytiharan Kemerdekaan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur


Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31hb Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.

Pada upacara bersejarah itu wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman yang menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu.








ZAMAN PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

ZAMAN PENJAJAHAN

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau PinangSingapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu PerakPahangSelangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah PerlisKedahKelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.



Selasa, 6 Oktober 2015

Upacara Pemasyuran Kemerdekaan Di tanah Melayu

Upacara Pemasyuran Kemerdekaan Di tanah Melayu


Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah di puncak tiangRibuan rakyat datang membanjiri stadium tersebut. Setiap tempat duduk dipenuhi oleh mereka yang sanggup datang jauh demi menyaksikan pemasyhuran ini. Di pentas khas, raja-raja Melayu yang segak dengan pakaian rasmi songket serta dipayungi dengan payung diraja, duduk bersemayam bagi menyaksikan pemasyhuran bersama rakyat jelata.Duke of Wellington yang mewakili Ratu Elizabeth turut hadir dan bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa. Beliau telah memulakan upacara pada hari itu dengan menyampaikan ucapan Ratu England. Setelah itu, beliau menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara kepada pemerintah tempatan setelah diperintah beratus tahun lamanya oleh penjajah.  Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan (bakal Perdana Menteri yang pertama) tampil ke hadapan bagi membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Setelah selesai, Tunku kemudiannya melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak tujuh kali. Para penonton yang hadir menyahut seruan Tunku dengan melaungkan kembali seruan MERDEKA!. Semangat cinta akan negara membakar diri mereka ditonjolkan melalui suara lantang mereka menyambut seruan Tunku.  


Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London.


 
                                         
UPACARA PEMASYURAN


Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan

Versi Rumi Bahasa Melayu



Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu JohorPahang,Negeri SembilanSelangorKedahPerlisKelantanTerengganu, dan Perakserta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa. 



Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu JohorPahang,Negeri SembilanSelangorKedahPerlisKelantanTerengganu, dan Perakserta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.