Ahad, 27 September 2015

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu


 

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayumerupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan di tanah pada 31 ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa perdana menteri malaysia yang ke-5) di Kepla Batas pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim  (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut


Malam Merdeka


Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman .Perisitwa tersebut disaksikan oleh ribuan rakyat negara dan mereka bersorak penuh kegembiraan sebaik sahaja bendera tersebut mencecah bumi. Mereka juga melaungkan “MERDEKA” untuk menandakan kemenangan rakyat yang terlepas daripada belenggu penjajah. Malam itu, sebilangan besar rakyat Tanah Melayu berada di Padang Kelab Selangor untuk menyaksikan bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah di puncak tiang








    

      TETAMU TERHOMAT 
Barisan pertama perwakilan asing ke Tanah Melayu ialah: